Di awan biru aku kaitkan angan,
Terpahat di dinding langit setiap baris,
Biarkan setiap hembusan angin yg lalu kan membaca,
Tingginya ku letakkan angan yang disulam,
Sedangkan mata sendiri tertutup dek silaunya mentari
Andai ku tahu bagaimana kata bahagia itu,
Akan ku tulis di setiap wajahmu,
Andai ku tahu tenangnya itu di mana,
Sanggup ku redah biar ku gapai untukmu,
Andai ku tahu sedih itu tiada penawarnya,
Kan ku jadi galang gantinya,
Biar yang ada cuma bahagia.
Aku mahu kau tersenyum,
Biar yang terbakar untuk menerangi itu aku,
Aku mahu kau tertawa,
Biar yang berdarah pekat itu aku,
Bukan pertama kali,
Aku mencinta separuh nyawa tapi sebenarnya aku mati,
Kisah yang kutulis kau pilih dia,
~Ilya Yasnorina Ilyas~
21 August 2016
No comments:
Post a Comment