Buat yang pernah melukakan
Moga satu hari nanti
Dibalikkan perasaan itu kepadamu
untuk kau tahu Allah sentiasa adil
menghakimi setiap titisan airmata
Buat yang pernah melukakan
Moga nanti dirimu juga merasa
bagaimana terluka sebuah perasaan
dihancur ditindas sewenangnya
Buat yang pernah melukakan
moga andainya yg sedarah denganmu
bisa menangis meratapi depanmu
atas pahitnya sebuah kelukaan
Buat yang pernah melukakan
moga suatu hari,
matamu takkan mampu pejam
mindamu takkan mampu padam
dek kerana terluka
Namun,
aku bukan kamu,
kejamnya kamu hanya tersimpan dalam doaku
Segalanya kuserah pada Pencipta
Semoga Allah membalasmu bagi pihakku
~Ilya Yasnorina~
Melbourne
6/8/2017
12.10am
No comments:
Post a Comment